Membawa barangan, alatan dan
pakaian ketika melancong adalah menjadi keperluan dan perkara utama yang perlu
disediakan. Orang lelaki pada kebiasaannya begitu mudah dan ringkas
persediaannya berbanding perempuan yang begitu teliti dan banyak keperluan yang
perlu di bawa. Perlu diingatkan, kita cuma hendak pergi melancong dan
bergembira dan jangan biarkan lebihan membawa pakaian dan alatan akan
merosakkan mood percutian anda. Anda perlu memilih barangan yang dibawa
benar-benar akan digunakan ketika melancong.
Jangan sampai beg yang bakal
dibawa terlalu besar dan sangat padat atau bilangan beg tersebut terlalu banyak
macam orang nak buat jualan langsung. Kemahiran menyusun barang di dalam beg
perlu ada supaya ia lebih praktikal dan sistematik.
Tips mengemas beg secara
praktikal dan sistematik ini mungkin boleh membantu anda sekaligus meringankan
beg yang bakal dibawa dan akan menceriakan percutian anda.
1. Susun pakaian dalam beg
secara menggulung terlebih dulu pakaian itu. Selain dapat menjimatkan ruang,
pakaian yang digulung juga dapat mengurangkan kedutan pada baju anda.Bagi
pakaian jenis kapas yang ringan dan nipis, anda boleh menggulungnya sekecil
mungkin.
2. Letakkan barang yang
paling berat di bahagian bawah beg supaya bebanan tidak terlalu berat dan beg
juga lebih seimbang. Kemudian diikuti dengan barangan lain. Perlu diingat,
untuk membawa barang seperti komputer riba atau kamera, pastikan anda
meletakkannya terlebih dulu ke dalam bekas yang tahan lasak sebelum
memasukkannya ke dalam beg pakaian anda.
3. Jika membawa kelengkapan
peribadi seperti syampu, sabun, tuala dan ubat gigi, pastikan anda membawanya
dalam botol atau saiz yang kecil.Selain dapat menjimatkan pemakaian, tentunya
menjimatkan ruang dalam beg anda.
4. Sediakan beg plastik
untuk menyimpan pakaian kotor supaya ia dapat diasingkan daripada pakaian
bersih. Situasi itu berlaku jika anda bercuti di pulau atau kawasan
pantai.Justeru dengan adanya beg plastik, baju anda yang masih bersih boleh
diselamatkan daripada kotor, basah atau berbau peluh.
5. Asingkan barang yang amat
penting seperti dompet atau pasport ke dalam beg kecil bagi memudahkan anda
mengambilnya ketika diperlukan. Anda tidak perlu lagi menyelongkar beg yang
berisi pakaian dan barangan lain.
6. Jika membawa kasut lebih,
bungkus saja ia dengan plastik supaya menjimatkan ruang. Apabila membawa bantal
pula, bawalah bantal tiup yang ringan dan praktikal.
7. Pastikan juga ketika anda
pergi dan pulang dari bercuti anda memakai pakaian yang mengambil ruang
penyimpanan yang banyak atau berat seperti jaket dan seluar jeans.
8. Pilih beg yang sesuai dan
mudah untuk menyimpan barang secara praktikal. Elakkan menggunakan beg yang
terlalu besar nanti orang kata anda hendak berpindah rumah pula.
Cubalah tips di atas
mana tahu boleh meringankan beban barangan yang dibawa ketika pergi melancong.
Yang penting anda dan keluarga gembira dan ceria.
0 comments:
Post a Comment