Friday, May 4, 2012

TIPS MUDAH UNTUK MENGHIAS RUMAH
Pelaburan mengindahkan kediaman menelan belanja besar lebih-lebih lagi jika membabitkan seluruh ruang. Bagi tingkap besar serta luas, bajet menyediakan langsir boleh mencecah ribuan ringgit. Begitu juga jika ingin mengetengahkan cat bermutu di dinding.

Sehubungan itu, jika memilih cat dinding, pastikan ia mampu bertahan sekurang-kurangnya melebihi 10 tahun. Jika mahukan hiasan dalaman unik, belajar memberi kelonggaran terhadap pilihan perabot. Misalnya, cuba kaedah suai-padan kerusi dengan meletakkan sofa tiga tempat duduk, kerusi bersayap dan bangku jati setempat.

Usah abaikan pencahayaan dalam almari kerana ia berupaya meminjamkan imej ekslusif. Berikut dikongsi 20 panduan serta helah terbaik yang mungkin dapat membantu anda mewujudkan kediaman impian.

1. BANTAL DAN KUSYEN HIASAN MENERBITKAN WARNA

Sepasang bantal atau kusyen hiasan belum memadai menyerikan sofa. Sebaliknya, disyorkan tambah sepasang lagi namun biarlah yang menampilkan tekstur, warna serta corak bertentangan latar sofa.

2. BELI KATIL BESAR

Perabot kecil hanya membuatkan bilik kecil bertambah nampak sempit. Bagi mengatasinya, beli katil tinggi dengan kepala katil besar supaya bilik nampak lebih luas.


Monday, April 23, 2012


CARA MUDAH MENDAPATKAN WANG DI RUMAH

Harga barangan semakin meningkat, anda mungkin merasakan bahawa anda perlu mendapatkan sedikit wang tambahan dan ini boleh dilakukan dengan bekerja dirumah. Mendapatkan wang dengan cara ini mempunyai pro dan kontra tetapi terlebih dahulu kita lihat siapakah yang boleh melakukannya.

SIAPA YANG BOLEH BEKERJA DARI RUMAH
Ramai orang mempunyai alasan mereka sendiri untuk bekerja dari rumah. Antaranya:


1.Untuk membesarkan anak
Kadangkala wanita terpaksa berhenti kerja dalam usaha untuk menjaga anak mereka kerana mereka percaya bahawa mereka sendiri dan bukannya orang gaji yang sesuai untuk membesarkan anak mereka.


2.Bayaran jagaan anak tinggi
Kerana datuk dan nenek tidak mampu menjaga anak mereka dan akibat bayaran jagaan anak yang tinggi, mereka yang berpendapatan rendah mungkin mendapati tidak menguntungkan untuk terus bekerja dipejabat atau kilang.

3.Pendapatan tambahan disamping kerja tetap.
Mereka yang mempunyai banyak masa yang terluang selepas waktu kerja mungkin mendapati mereka boleh menggunakannya untuk mendapatkan wang tambahan.

4.Pesara yang melakukan untuk mengelakkan rasa bosan dan sunyi
Pesara yang telah lama bekerja sehingga 30 tahun atau lebihmungkin berasa bosan dan sunyi setelah meninggalkan hari bekerja.

5.Cacat.
Mereka mungkin mendapati sukar untuk bekerja diluar rumah.

Monday, April 16, 2012

TIPS PERSIAPAN UNTUK MELANCONG

Percutian antara aktiviti yang memerlukan kita melakukan pelbagai perancangan, termasuk bajetagar tidak berlaku pembaziran serta memastikan pecutian lancar tanpa masalah. Berikut,beberapa tip yang boleh dijadikan panduan memaksimumkan bajet.

1.Buat tempahan lebih awal.Industriperlancongan banyak bergantung kepada keadaan ekonomi sesebuah negara sertapermintaan pelancong sama tempatan atau asing dan sehubungan itu, lebih baik menempah tiketpenerbangan awal, beberapa bulan sebelum tarikh kita melancong. Tempoh itu membolehkankita merancang percutían dengan teliti supaya tidak mengalami masalah, sama ada sebelum,ketika atau selepas percutian. Jika lewat membuat tempahan atau pada saat-saat akhir, mungkinberlaku kesesakan dan kita sukar mendapat tiket serta penginapan, mungkin tidak sempurna.

Sunday, April 15, 2012


PROTON PERVE' LEBIH SPORTY........

Model baru kereta nasional, Proton Preve berenjin 1.6 liter akan ditawarkan dalam tiga varian berharga antara RM62,000 dan RM75,000 mulai 16 April ini. Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Syed Mohd. Tahir berkata, nama Proton Preve dipilih adalah dari perkataan Inggeris “proof” (bukti) dan “to prove” (untuk membuktikan). Katanya, Preve yang disebut “prey-vey” adalah seiring dengan hasrat Proton untuk mencapai pasaran global dengan nama antarabangsa tersebut. Menurutnya, tiga varian itu terdiri daripada model menggunakan transmisi manual lima kelajuan dan automatik tujuh kelajuan. “Proton Preve akan dilancarkan pada 16 April ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Harga ditawarkan adalah mampu milik..bagaimana kualitinya??