Wanita Mengembara Bersendirian
Semakin ramai wanita menemui
cabaran dan keseronokan pengembaraan secara solo. Kembara bersendirian
menyediakan peluang untuk melihat perkara dan bertemu dengan masyarakat yang
barangkali anda tidak dapat menjumpainya apabila melakukan perjalanan dalam
kumpulan.
Kembara bersendirian juga menyeronokkan,
deruan kegembiraan yang berterusan, dan memberikan kuasa kebebasan penuh dan
mengawal keadaan sendiri. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa pertimbangan
penting dan isu-isu yang perlu wanita peka ketika melakukan kembara secara sendirian.
Walaupun lebih diterima
secara meluas berbanding pada masa lalu, ia masih penting untuk diingatkan
bahawa dalam kebanyakan perkara di dunia, wanita yang menggunakan kebebasan
melampau adalah tidak digalakkan.
Walaupun hal itu tidak menghalang
mana-mana wanita daripada mengembara, adalah penting untuk sentiasa membiasakan
diri dengan adat resam dan budaya negara yang anda lawati.
1. Berpakaian dengan
menghormati budaya negara yang anda lawati. Kebanyakan negara di dunia,
sebarang pendedahan adalah dianggap undangan. Skirt pendek, seluar pendek, dan
juga pakaian mandi boleh dianggap menjelikkan dalam beberapa budaya.
2. Sentiasa peka terhadap
persekitaran anda. Langkah pertama dalam mengelakkan situasi yang tidak
menyenangkan adalah berwaspada dan mengetahui apa yang sedang berlaku di
sekeliling anda.
3. Elakkan situasi berisiko.
Mengembara bersendirian di kawasan yang tidak dikenali dan menerima pertolongan
atau mendedahkan rancangan perjalanan anda kepada orang asing boleh mendedahkan
anda kepada bahaya.
4. Jangan panik. Cuba dan dapatkan
kawalan apabila berlaku situasi tidak menyenangkan dengan cara yang tenang dan
tegas. Walau bagaimanapun, jika anda berada dalam bahaya melampau, jangan
teragak-agak untuk menarik perhatian terhadap diri sendiri.
5. Sentiasa membawa peranti
keselamatan peribadi dengan anda. Wisel atau penggera boleh memberikan masa
tambahan yang diperlukan untuk melarikan diri ke tempat selamat. Sentiasa peka
bahawa peranti keselamatan peribadi tertentu adalah menyalahi undang-undang di
beberapa destinasi dan tidak boleh dibawa di dalam pesawat.
6. Membawa semua keperluan
anda. Produk kebersihan wanita dan perancang keluarga kadangkala sukar atau
mahal untuk diperolehi. Bawalah bekalan langsung untuk keseluruhan perjalanan.
7. Ketahui sama ada hotel anda terletak di kawasan yang selamat sebelum anda membuat tempahan. Bertanya sekeliling untuk cadangan daripada orang yang telah mengembara dan tinggal di kawasan itu.
0 comments:
Post a Comment