Monday, August 23, 2010

RIMBA TAQWA PERKELAHAN KELUARGA DI SIK

Rimba Perangin (Rimba Taqwa) Sik - tempat perkelahan keluarga

Penginapan keluarga yang selesa tentunya di Nafru Homestay atau Face book: Nafru Home Stay





Rimba Perangin(Rimba Taqwa) merupakan destinasi pelancongan terkenal di Negeri Kedah yang memiliki pelbagai khazanah alam semula jadi seperti hutan asli, air terjun, kejernihan air sungai dan panorama menarik. Kawasan ini mula dibangunkan pada tahun 1967 dan dikawal selia oleh Pejabat Daerah Sik. Setahun kemudian, Menteri Besar Kedah (ketika itu), Dato' Seri Syed Ahmad Shahabuddin secara rasminya telah menjadikan Rimba Perangin sebagai destinasi pelancongan menerusi Pembangunan Taman Peranginan Sik.


Rimba Perangin yang terletak di Hutan Simpan Bukit Enggang merupakan taman terawal dibangunkan di Negeri Kedah. Rimba Perangin atau dikenali di kalangan penduduk tempatan dengan nama Rimba Takwa terletak kira-kira tiga kilometer dari Pekan Sik, 40 kilometer dari Pekan Gurun dan 80 kilometer dari Bandar Raya Alor Setar. Pelancong boleh ke situ dengan menaiki kenderaan persendirian atau menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti bas dan teksi dari Pekan Sik.

Sejarah pembukaan taman tersebut bermula daripada peristiwa musim hujan suatu ketika dahulu yang telah menyebabkan penduduk tempatan hilang mata pencarian. Selepas itu, kawasan Rimba Perangin mula dibangunkan dan dinaikkan taraf selain taman-taman di sekitarnya turut dibaiki pulih. Pelbagai promosi juga diadakan untuk menarik pengunjung ke situ yang secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Kerajaan Negeri Kedah telah menamakan Rimba Perangin sebagai salah destinasi sempena Tahun Melawat Kedah 2008. Sebanyak RM15 juta diperuntukkan untuk menaik taraf kawasan tersebut dengan membuka kawasan penempatan baru serta laluan pejalan kaki dan ke gua-gua. Di samping itu, pelbagai kemudahan asas disediakan di sekitarnya merangkumi kawasan rekreasi, jalan raya, kemudahan elektrik dan penginapan selain 1,000 tapak perkhemahan, pondok rehat, surau, padang permainan kanak-kanak, dewan dan sebagainya.

Penginapan keluarga yang selesa tentunya di Nafru Homestay atau Facebook: Nafru Home Stay

0 comments:

Post a Comment