Monday, April 9, 2012

TIPS MERANCANG PERCUTIAN SECARA BAJET


Merancang percutian mengikut kemampuan atau bajet yang ditetapkan amat perlu tidak kiralah sama ada percutian domestik atau luar negara. Percutian tanpa membuat perancangan akan menyebabkan kita terpaksa menanggung hutang selepas pulang bercuti dan berkemungkinan akan menyebabkan bajet kewangan harian anda terganggu. Berikut beberapa tips yang dicadangkan boleh membantu anda merancang percutian dengan lebih praktikal.

1. Membuat senarai apa yang perlu dilakukan dan anggaran perbelanjaan sebelum pergi bercuti. Ini termasuk penginapan, makan, minum, pengangkutan dan bayaran tambahan lain contohnya tol dan tiket masuk ke taman tema.

2. Dapatkan maklumat di internet atau membaca iklan di akhbar untuk mengetahui lebih lanjut keistimewaan tempat yang bakal dikunjungi untuk mendapat idea sebelum tiba di tempat itu.

3. Jika bajet tidak mengizinkan untuk bermalam di satu-satu destinasi yang menarik, rancanglah percutian untuk sehari saja. Pengurusan masa amat penting tetapi agak meletihkan.

4. Tempat menarik seperti kawasan perkelahan di sungai dan laut yang berhampiran kediaman  juga boleh dijadikan lokasi untuk  membawa anak- anak menghabiskan masa lapang mereka.

5. Cuba manfaatkan taman awam seperti taman botani serta Taman wetland, masing- masing di putrajaya dan di sekitar Tasik Perdana, Kuala Lumpur juga antara lokasi yang menarik untuk membawa anak-anak menghabiskan cuti sekolah. Di tempat anda juga mungkin ada tempat-tempat menarik yang belum diterokai.

6. Bagi yang mempunyai bajet yang lebih, boleh memilih destinasi pelancongan menarik di Malaysia seperti negeri-negeri di utara dan pantai timur. Banyak destinasi percutian yang menarik dan agak murah di sana.

7. Anda juga boleh mengambil kesempatan bermalam di destinasi pelancongan itu dengan memilih hotel atau resort yang sesuai dengan bajet ditetepkan. Kalau nak murah lagi bermalam di homestay yang banyak bagai cendawan tumbuh selepas hujan, murah dan selesa.

8. Meneroka pekan dan Bandar kecil di dalam negara adalah satu daripada aktiviti yang boleh dilakukan bagi mengeratkan lagi hubungan keluarga.  Pekan kecil negara ini menyimpan seribu satu keistimewaan termasuk seni bina bangunanya, cenderahati yang jual ,makanan dan budaya yang tersendiri.

Kesimpulannya merancang percutian akan  dapat menggembirakan anda dan keluarga dan selepas bercuti emosi tidak terganggu akibat daripada ketirisan kewangan yang tidak terancang. Yang penting anak-anak anda bdapat bercuti sambil meneroka Malaysia yang kaya dengan keindahan flora dan fauna serta budaya yang berbeza.

0 comments:

Post a Comment