Monday, April 16, 2012

TIPS PERSIAPAN UNTUK MELANCONG

Percutian antara aktiviti yang memerlukan kita melakukan pelbagai perancangan, termasuk bajetagar tidak berlaku pembaziran serta memastikan pecutian lancar tanpa masalah. Berikut,beberapa tip yang boleh dijadikan panduan memaksimumkan bajet.

1.Buat tempahan lebih awal.Industriperlancongan banyak bergantung kepada keadaan ekonomi sesebuah negara sertapermintaan pelancong sama tempatan atau asing dan sehubungan itu, lebih baik menempah tiketpenerbangan awal, beberapa bulan sebelum tarikh kita melancong. Tempoh itu membolehkankita merancang percutían dengan teliti supaya tidak mengalami masalah, sama ada sebelum,ketika atau selepas percutian. Jika lewat membuat tempahan atau pada saat-saat akhir, mungkinberlaku kesesakan dan kita sukar mendapat tiket serta penginapan, mungkin tidak sempurna.


2.Pengangkutan.Dapatkan maklumat mencukupi mengenai tempat atau negara yang ingin dilawati supaya lebihselesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati. Pilihpengangkutan paling murah serta pemandu pelancong yang mengetahui selok belok kawasanpercutian untuk mengelakkan ditipu serta sesat.

3.Perbelanjaan.Anda juga perlu mengetahui kadar tukaran wang negara yang ingin dilawati supaya sesuaidengan bajet yang anda sediakan serta tidak tertipu ketika menukar wang. Mengetahui kadartukaran wang membolehkan anda merancang pembelanjaan, terutama ketika membeli-belah.Selain itu juga, anda boleh memilih menyediakan sendiri makanan bagi menjimatkan belanjatetapi ia jarang dilakukan kecuali mereka yang ingin melakukan aktiviti lasak ketika bercuti.

4.Melawat negara yang menawarkan pakej percutian murah.Pilih negara yang menawarkan pakej percutian murah bagi mengelak pembaziran. Tiadasalahnya jika pakej yang dipilih murah tapi diisi dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjangpercutian. Oleh itu, sebelum memutuskan untuk ke suatu destinasi selidik terlebih dulu tempat-tempat menarik yang ada di sana agar kepuasan ketika bercuti boleh dirasai sepenuhnya.

5.Lebih jimat jika bercuti berkumpulan.Bercuti secara berkumpulan banyak keistimewaan, terutama keselamatan. Sekurang-kurangnyakita rasa selamat berada di tempat orang bersama rakan yang boleh saling membantu jikamenghadapi masalah.

6.Melakukan aktiviti perkhemahan.Bagi mendapat kepuasan lebihketika bercuti, anda juga boleh menambah aktiviti lasak, sepertiberkhemah kerana selain menjimatkan, mampu memberi pengalaman baru berada di tempatorang.

SUMBER: 16 APRIL 2009,METRO

0 comments:

Post a Comment