Wednesday, March 28, 2012

MODEL BARU PROTON 2012 LEBIH VROOOM.....



PROTON P3-21A BARU ialah kereta terbaru keluaran PROTON Holdings Bhd ialah kereta generasi baru dibangunkan selaras keperluan perundangan dan peraturan automotif global terkini yang dikeluarkan proton HARGA PROTON P3-21A dikatakan mampu beli oleh masyarakat pertengahan dan ia akan dikeluarkan oleh proton pada bulan hadapan. Anggaran je kalau tak tepat tak kisah kan.

Sumber dalaman berkata, model yang dikenali dengan nama kod P3-21A,  Katanya anggaran harga kereta ini  ialah antara RM65,000 hingga RM75,000 seunit, dan ia amat menepati tanggungjawab syarikat sebagai pengeluar kereta nasional yang sentiasa memasarkan kereta dengan harga mampu milik tanpa berkompromi dengan tahap kualiti.

Kereta ini dilengkapi dengan enjin campro 1.6 turbo ini dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada bulan April ini. Laman Arena Kereta telah berjaya mengeluarkan gambar Proton Preve moga ia akan menjadi kenyataan..


Jikalau dibuat perbandingan di antara Proton Preve dengan Toyota Vios dan juga Honda City, tampak Proton Preve berada di kelas tersendiri. Yang pastiya, harapan kami jika harga kereta ini dapat dikurangkan lagi, ia merupakan bonus kepada pihak Proton juga (daripada aspek membina kepercayaan semula dikalangan pembelinya dan juga aspek pemasaran) di mana peminatnya yang meletakkan harapan yang tinggi sejak bermulanya desas-desus penghasilan Proton Preve ini. Pengguna amat mementingkan kualiti setimpal dengan wang mereka keluarkan.

Model baru ini dikatakan menepati semua aras keselamatan antarabangsa yang ditetapkan bagi sesebuah syarikat pembuat kereta termasuk empat beg udara, sistem kawalan brek ABS, EBD serta sistem kawalan penstabilan elektronik. Tahniah proton sekiranya boleh memenuhi kehendak pelanggan.

0 comments:

Post a Comment