Thursday, May 19, 2011

TIPS PENAMPILAN DIRI


TIPS PENAMPILAN DIRI

1.Jaga penampilan diri.

Pemakaian yang kemas, bersih dan segak dapat membina keyakinan diri dan orang lain yang melihat Anda yakin dengan penampilan Anda nampak kemas, dengan pujian mereka, keyakinan diri Anda terbina.

2. Jaga kecergasan diri.

Selalu bersukan atau melakukan pergerakan yang sama dengan bersukan seperti speed walking atau soft stretching. Dalam masa yang sama, kawal pemakanan anda. Kecergasan fizikal meningkatkan keyakinan diri, rasa berani, dan membina sikap optimis di dalam minda.


3. Rajin Berbual-bual dan berkomunikasi secara tak formal.

Maksudnya, jaga perhubungan anda dengan ahli keluarga, rakan sekerja dan luaskan pergaulan dengan kawan-kawan lain. Jangan hanya memikirkan tentang kerja dan masalah. Dengan pergaulan meluas, dapat meningkatkan keyakinan diri Anda. Tapi, awas dengan percakapan negatif.

4. Buat aktiviti yang anda benar-benar suka.

Mungkin ada hobi di masa lapang yang menjadi minat anda, tapi terabai kerana kesibukan. Apa kata kalau anda kembali pada hobi itu, lama kelamaan, anda akan jadi bertambah yakin bila skill anda semakin bertambah.

5. Niatkan di dalam hati.

Sebelum anda tidur, maafkan semua orang dan dalam masa yang sama, simpan mindset mahu menjadi yakin dengan diri sendiri. Sebab, orang yang ada self confidence, dia ada sikap pemaaf.

0 comments:

Post a Comment