Wednesday, March 21, 2012

TIPS CERIA DARIPADA NAFRU HOMESTAY

TIPS UNTUK HIDUP LEBIH CERIA, BERSEMANGAT, POSITIF DAN GEMBIRA



Kehidupan ibarat belayar di lautan, kadangkala tenang kadang kala terumbang ambing diayun ombak dan kadangkala akan terdampar di pantai atau tersadai di batu karang. Cuba amalkan tips berikut, mana tahu boleh membantu anda untuk lebih ceria dan bersemangat.

1) Sentiasa menjangkakan anda mendapat yang terbaik dalam hidup anda

2) Anda benar-benar tahu kehendak anda dan anda pastikan anda akan perolehinya

3) Mulakan hari anda pada malam sebelumnya dengan menanamkan benih pemikiran yang positif apa yang anda akan kerjakan pada esoknya.

4) Pastikan matlamat anda bukan sahaja untuk menggembirakan diri anda tetapi juga orang lain terutama orang yang berada dekat di samping anda kerana kegembiraan anda bergantung kepada sejauhmana anda dapat menggembirakan orang lain.

5) Sentiasa mengambil berat dan mengambil cakna orang lain. Buatkan orang lain tersenyum, nescaya anda akan tersenyum riang.

6) Sentiasa tersenyum dan bertanya khabar pada orang lain terutama orang di sekeliling kita.

7) Jangan kedekut Puji dan hargai dengan ikhlas jika mereka layak mendapatkanya.

8) Buat bayangan minda yang diri anda selalu ceria, gembira dan bersikap positif di mana dalam situasi apa sahaja anda berada.

9) Sentiasa merasakan, memikirkan dan mempercayai bahawa anda adalah orang yang bertuah dan beruntung.

10) Jangan mengutuk diri anda tetapi baikilah kelemahan anda.



11) Menerima kelemahan dan keburukan anda dan berharap serta berusaha untuk menambah baik.

12) Sentiasa pandang ke hadapan dan jangan mengenangkan hal yang lalu.

13) Nikmatilah saat-saat hidup anda dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

14) Redha terhadap ujian Allah kerana ketahuilah semuanya adalah anugerah yang menjadikan kita insan yang lebih istimewa. Allah tidak menzalimi hambanya, sebaliknya hambalah yang menzalimi diri mereka sendiri

15) Ambil masa setiap hari untuk mengimpikan kebahagiaan anda . Cari langkah-langkah bagaimana untuk memenuhi impian anda dan lakukan dengan penuh ketabahan.

16) Sentiasa berani untuk membuat sasaran yang tinggi. Letakkan standard yang tinggi pada diri anda. Anda dapat mencapainya dengan ilmu dan mempelajari kemahiran tertentu serta yang penting mesti dipraktikkan.

17) Sikap anda adalah segala-galanya.

18) Disiplin diri adalah kuncinya untuk sentiasa bersikap positif

19) Nikmatilah dan hargai nafas segar yang anda hirup dan pancaran mtahari yang masih anda dapat saksikan . Anda beruntung kerana setiap hari adalah hari yang baru maka hargailah hari-hari mendatang anda kurniaan Illahi

20) Terimalah setiap peristiwa dengan mata hati positif, segalanya adalah baik untuk anda jika anda melihat dengan kaca mata positif, Bersyukurlah .

21) Sentiasa HIDUPKAN IMPIAN ANDA dengan memanjatkan doa untuk kebaikkan dunia dan akhirat serta sentiasa bersangka baik dengan Allah.

0 comments:

Post a Comment