Sunday, March 25, 2012

TIPS HALA TUJU UNTUK LEPASAN SPM 2011




Tips Dari Nafru Homestay

Persediaan untuk menempuhi peperiksaan SPM telah dilalui dengan penuh pahit getir. Pelbagai rintangan dan cabar telah Berjaya dilalui. Keputusan SPM telah ada di tangan anda tetapi yang menjadi persoalan sekarang ke mana nak dituju atau yang mana satu pilihan di hati.Maklumat yang tepat dan terkini diperlukan untuk membuat pilihan terbaik. Sepatutnya sebelum keputusan keluar lagi, pelajar sudah pun memiliki gambaran terhadap tindakan mereka selepas keputusan diumumkan. Sepatutnya maklumat yang lengkap telah dikumpul dan diperolehi sewaktu menunggu keputusan peperiksaan lagi.

Berikut adalah tips yang memberi maklumat mengenai halatuju selepas SPM, mungkin boleh membantu pelajar-pelajar lepasan SPM:

1. Universiti
Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bolehlah memilih universiti sebagai destinasi mereka selepas SPM. Jika anda ingin ke universiti, anda harus memohon UPU lepasan SPM/setaraf sebelum ditawarkan program diploma atau asasi di mana-mana IPTA di Malaysia.

2. Kolej Matrikulasi
Selain program Asasi, anda boleh memohon matrikulasi samada dalam aliran sains (sains hayat & sains fizik), perakaunan dan kejuruteraan.. Seperti juga Asasi, selepas Matrik, boleh memohon UPU lagi di mana anda akan memilih course untuk pengajian ijazah anda. Anda boleh mengikuti program setahun yang mana dapat menjimatkan masa untuk mengikuti program ijazah. Ada juga program matrik 2 tahun, bergantung kepada keputusan SPM anda.

3. Universiti Luar Negara
Pelajar yang minat dan layak untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, boleh berbuat demikian. UK, US, Australia, New Zealand, Indonesia, India, Jepan, Korea, France, Mesir, Russia, Ireland , Kanada dan mana-mana Negara yang dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia.

4. Politeknik dan apa jua Program Teknikal dan Latihan.
Di politeknik, anda boleh mohon sijil atau diploma.  Banyak juga program yang ditawarkan di ILP dan ILJTM, MLPK dan sebagainya. Harus diingat bahawa taraf sijil adalah sama dengan SPM  tetapi keputusan yang baik bakal mendapat diploma dan seterusnya ijazah di mana-mana university yang bersesuaian.

5. Kolej-kolej
Banyak kolej swasta yang menawarkan tempat bealajar tetapi kos agak mahal sedikit. Kalau nak belajar di kolej pilihlah koleh ternama seperti Kolej Mahsa atau Masterskill. Nanti masuk kolej yang tak diiktiraf MQA (dahulunya LAN), susah nak dapat kerja sudahlah kos pengajiannya agak tinggi.
Anda boleh juga mohon medical courses seperti Farmasi, Teknologi Makmal Perubatan dan Sains Kesihatan sebab banyak juga peluang pekerjaan menanti anda diluar sana. Ada juga kolej yang menawarkan program diploma bersekutu dengan IPTA-IPTA di Malaysia.

6. Tingkatan 6
Ramai juga pelajar lepasan SPM menjadikan tingkatan 6 sebagai destinasi terakhir mereka selepas SPM. Lagipun biasanya pelajar memilih tingkatan 6 setelah gagal memasuki IPT.Kena pakai uniform sekolah, kena pergi ke sekolah, ada perhimpunan dan sebagainya. Tak macam di universiti, matrikulasi atau kolej yang ada sedikit kelonggaran.Dengan keputusan yang baik, lepasan STPM boleh terus buat Ijazah pertama dan peluang lebih terbuka dan mudah.

7. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Ramai yang tidak tahu kewujudan website SPA dan ada juga yang tak tahu langsung pasal SPA ini. SPA ni boleh anda mohon kerja-kerja tertentu seperti jururawat, juru x-ray, juruaudit, juruukur dan sebagainya.Jika permohonan anda berjaya, anda akan ditemuduga. Lulus temuduga barulah anda akan ditawarkan melanjutkan pengajian di kolej-kolej kejururawatan.

8. Akademi Laut Malaysia (ALAM)
Sesiapa yang berminat untuk melibatkan diri dengan dunia pekerjaan yang lebih mencabar, bolehlah mohon Akademi Laut Malaysia (ALAM).

9. Kursus Ketenteraan
Bagi sesiapa yang berminat dengan aktiviti lasak serta tahan dengan cabaran dan dugaan fizikal yang tinggi, bolehlah membuat permohonan ini. Anda boleh memohon  untuk memasuki Universiti Pertahanan Nasional Malaysia .Lepasan SPM juga boleh mohon pengajian peringkat Ijazah di Akademi Tentera Malaysia (ATMA)

10. Kursus Penerbangan
Mesti ramai yang berminat dengan kursus ini.Kursus ini merangkumi kerjaya seperti juruterbang, pramugara, pramugari dan ahli-ahli biasa di kawasan lapangan penerbangan. Kerjaya seperti juruterbang, pramugari dan pramugara ini lebih kepada di awangan biru manakala ahli biasa lebih kepada proses teknikal di kawasan lapangan penerbangan.

11. IPG
Bagi mereka yang berminat menceburi bidang perguruan bolehlah memohon kerjaya ini. Kini peluang pekerjaan masih luas di bidang perguruan dan mudah sedikit naik pangkat berbanding kebanyakan jabatan lain.  Gaji guru sekarang agak lumayan tetapi untuk ke IPG bukannya mudah, saingan terlalu tinggi kena lulus ujian khas “Medtsi” kalau tak silap. Kabel kalau kuat pun payah masuk IPG sekarang ni.

0 comments:

Post a Comment