Saturday, April 7, 2012

TIPS MERANCANG PERCUTIAN KELUARGA

Penginapan keluarga di Nafru Homestay, Sik, Kedah.


PERCUTIAN indah keluarga bukan bermakna membawa anak menginap di hotel mewah atau melancong melangkaui sempadan kawasan kediaman, tetapi ialah sebanyak mana masa mampu diluangkan ibu bapa untuk mereka. 

Bagi mereka yang berpendapatan rendah, cukup sekadar membawa anak berjalan di bandar, pantai atau pusat perkelahan berdekatan sambil luangkan masa berbual, bergurau senda dan bermain. Peruntukan bajet antara RM500 hingga RM1,000 tidak sekali-kali menjadi halangan jika ibu bapa bijak menanganinya dan memfokuskan minda untuk mencari jalan penyelesaian.


Daripada aspek pengangkutan, menurutnya, bandingkan kos pengangkutan awam dengan pengangkutan persendirian.

Mana yang lebih murah daripada keseluruhan jumlahnya? Jangan lupa mengira sekali kos petrol dan parkir. Bahagikan jumlahnya dengan jumlah penumpang. Biasanya, untuk sebuah keluarga, pengangkutan sendiri mungkin lebih murah.

Daripada aspek penginapan, cuba dapatkan tawaran murah di laman sesawang yang dipercayai untuk mendapatkan tawaran secara dalam talian.

Di laman sesawang smartparents.com.my, ada satu pautan laman yang menawarkan diskaun sehingga 70 peratus daripada harga biasa.

Pilih apartmen kerana ini adalah cara paling murah untuk keluarga besar kerana biasanya boleh memuatkan lebih ramai penghuni dan lebih murah harganya. Kemudahan disediakan juga sama dengan hotel.

Tip merancang percutian keluarga;
 
1. Merancang dan menunggu sebuah percutian adalah separuh daripada kenikmatan. Sebaiknya percutian itu dirancang enam bulan lebih awal.
 

Jadualkan di dalam kalendar keluarga dan umumkan kepada anak-anak. Ini akan memberikan masa untuk kita mencari penginapan terbaik dengan harga berpatutan sebelum penuh.  Jangan lupa membabitkan anak dalam memilih lokasi dan aktiviti.

2. Buat belanjawan untuk menyimpan sejumlah wang contohnya RM100 hingga RM200 sebulan untuk dimasukkan ke dalam tabung percutian.
 

Pastikan anak juga tahu akan perkara ini dan jika mereka meminta untuk membeli sesuatu akan mengakibatkan percutian keluarga tertunda sedikit. Membuat tabung percutian juga dapat menjamin keseronokan yang maksimum kerana ibu bapa tidak perlu menanggung hutang kad kredit selepas kembali daripada bercuti nanti.

3. Pada saat pergi bercuti biarkan anak menyediakan dan membawa bagasi masing-masing. Ibu bapa hanya perlu memberitahu jumlah dan jenis pakaian (pakaian bersantai, berjalan-jalan atau tidur) yang perlu dibawa.

4. Buat senarai barangan yang perlu dibawa seminggu sebelum tarikh bertolak. Ini akan memastikan barangan penting tidak tertinggal.

5. Kemaskan rumah sebelum pergi. Ini penting kerana apabila balik nanti, keluarga akan merasa tenang melihat keadaan rumah yang kemas dan tersusun.

6. Pastikan barang-barang berharga disimpan di tempat yang selamat dan jangan lupa untuk memberitahu jiran anda destinasi percutian keluarga.

0 comments:

Post a Comment